24 July 2024

HAMPIR 30 TAHUN DALAM INDUSTRI HIBURAN - PAK YA BAKAL JADI MUTAWIF : "PENGHUJUNG USIA SAYA, SAYA TERINGIN NAK CARI KERJAYA YANG LEBIH DEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH"



Selepas hampir 30 tahun berada dalam industri hiburan, pelawak Ilya Senario atau lebih dikenali sebagai Pak Ya, memberitahu dia bakal beralih bidang menjadi seorang mutawif tidak lama lagi.
Jelas Pak Ya, dia sudah lama menyimpan impian menjadi seorang mutawif, namun rezeki belum kesampaian kerana jadual kerja seninya yang padat.

"Penghujung usia saya, saya teringin nak cari kerjaya yang lebih mendekatkan diri kepada Allah kepada agama. Kemungkinan saya akan berubah angin, saya mungkin menjadi mutawif ataupun pemimpin untuk umrah dan haji. Sekarang ni saya tengah berkursus untuk menjadi mutawif.

"InsyaAllah pada bulan 12 ni, saya akan ada trip pertama bersama syarikat yang dah stabil dan selepas ini saya akan bersama bekerja dengan syarikat tersebut sebagai mutawif," katanya.

Menurutnya lagi, dia sudah lama memikirkan tentang perkara itu dan apabila mendapat peluang, mungkin sudah tiba masanya.

Selain itu, Pak Ya memberithau, dia sudah mengikuti kursus untuk menjadi mutawif selama tiga bulan.

"Dah fikir lama ni, tapi peluang tu takde kan. Tapi bila dapat peluang ni, terus ok ini kali jadilah dan saya fikir sampai bila saya nak naik pentas, sampai bila saya nak melawak kan.

"Mungkin saya masih berlawak tapi dengan cara yang berbeza dengan kumpulan yang berbeza. Sambil saya bekerja sambil saya beribadah," ujarnya.

Dalam pada itu, Pak Ya berkata, dia terbuka hati untuk menjadi mutawif memandangkan dia dan isteri suka menggembara.

Baginya, Mekah dan Madinah antara tempat yang tenang dan siapa yang kesana katanya, pasti akan rasa rindu.

"Saya dan isteri saya suka travel. Antara tempat yang saya pernah pergi dan saya rasa best adalah Mekah dan Madinah.

"Orang Islam kalau pernah pergi dia akan rasa rindu. Tempat tu adalah satu tempat yang tenang, why not saya mulakan kerjaya saya ulang alik Malaysia dan ke sana. Sambil bekerja sambil dapat pahala. Sebenarnya dah lama saya fikir tapi takde peluang," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: