19 July 2024

KILAFAIRY MAHU PASANGAN YANG DAPAT SEMPURNAKAN AGAMA & KEKURANGAN DIRINYA



Pelakon Kilafairy yang kini sudah mencecah usia 32 tahun itu mengakui, dia selesa menjalani kehidupan bujang selepas tiga tahun solo tanpa kekasih.
Kata Kilafairy, dia belum bersedia untuk menerima kehadiran kekasih baru selepas beberapa kali berd£pan episod putus cinta dan belum terfikir untuk berumah tangga dalam masa terdekat.

"Masih ada beberapa k£san (kekec£waan) dan kalau boleh saya tidak mahu lagi melalui perkara sama. Saya gembira menjalani kehidupan bujang dan tidak terfikir untuk berumah tangga dalam tempoh masa terdekat.

"Jika ingin berkahwin, kalau boleh saya inginkan pasangan yang dapat menyempurnakan agama dan kekurangan saya," tutur Kilafairy yang turut mendedahkan, ada beberapa jejaka cuba mendekatinya, namun dia belum bersedia menjalin hubungan istimewa.

Dalam pada itu, anak kepada Allahyarham, penyanyi Rohana Jalil ini memberitahu, keluarga juga tidak mend£sak dirinya untuk segera berumah tangga.

"Ada yang cuba mendekati dan saya tidak t@kut untuk bertemu dengan orang baharu, tetapi berkahwin atau menjalin hubungan secara s£rius itu mungkin tidak lagi. Saya senang bergerak sendiri dan keluarga juga tidak mend£sak agar segera berumah tangga.

"Ayah juga ada mengatakan tidak perlu terlalu terg£sa-g£sa dan serahkan segalanya kepada takdir. Saya juga percaya dengan rezeki dan tidak terlalu terbvru-bvru untuk berkahwin. Jika ada, adalah nanti," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: