19 July 2024

"SELEPAS DAH BERCERAI, KAMI BERHUBUNG SEMULA MACAM ABANG & ADIK, TAPI HUBUNGAN KAMI TAK LEBIH DARI ITU" - ZARINA ANJOULIE JAWAB ISU LUAH RASA RINDU TERHADAP NEDIM NAZRI



"Kami dah berkawan sejak umur 19 tahun lagi, tapi hubungan kami sekadar abang dan adik. Tapi kami berhenti berkawan sebab Nedim orangnya begitu, lepas kahwin memang dia akan putus hubungan bagi menghormati isteri dia.
"Tambahan pula, saya seorang janda jadi macam tak manis kalau nak berkawan dengan suami orang," ujar Zarina Anjoulie menerusi perkongsian di Insta Story, dimana pelakon itu menjelaskan, dia sudah lama bersahabat dengan bekas suami pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri.

Kata Zarina atau lebih mesra disapa Anju, dia sudah menganggap lelaki itu sebagai abang, namun mereka berhenti berhubung selepas sahabatnya itu berkahwin.

Zarina tampil menjelaskan perkara itu selepas namanya hangat diperkatakan apabila dia meluahkan rasa rindu terhadap bekas suami Nora itu.

Tambahnya lagi, selepas Nedim kembali solo, mereka berhubung semula namun sekadar abang dan adik serta menyifatkan sahabatnya itu seorang yang setia dan sayangkan Nora.

"Selepas dah bercerai kami berhubung semula macam abang dan adik, tapi hubungan kami tak lebih dari itu. Nedim adalah seorang yang baik, dia bukan jenis yang lepas cerai sibuk nak cari perempuan.

"Kalau dia sayang satu perempuan dia akan sayang orang itu saja dan saya tahu dia sayangkan Nora dan saya pun hormati mereka," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: