23 July 2024

MELAWAT DUSUN DURIAN - NETIZEN NASIHAT SYAMSUL YUSOF ZIARAH IBU BAPA



Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof baru-baru ini ada berkongsi aktiviti hariannya dengan memuat naik video ketika berada di sebuah dusun durian.

Melihat pada video yang dikongsikan di TikT0k, Syamsul sedang melawat sebuah dusun dipercayai miliknya dan dapat dilihat hasil tanaman seperti pokok durian, pisang dan cili.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Syamsul kerana tidak hanya bergantung kepada hasil karya seni tetapi juga dalam pertanian.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen menasihati anak kepada Yusof Haslam dan Patimah Ismail ini supaya pulang menziarahi ibu bapanya, apatah lagi mereka kini sudah tua.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: