15 July 2024

NORA DANISH KATA DIA TIDAK KISAH JIKA NEDIM NAZRI DILIHAT BERSAMA WANITA LAIN : "PERCERAIAN INI ADALAH PERMINTAAN SAYA, JADI BIARLAH DIA & KEHIDUPANNYA"



Pelakon Nora Danish, 42, yang kini kembali solo selepas bercerai bulan lalu itu tampil menjelaskan, dia tidak tinggal serumah dengan bekas suami, Nedim Nazri.

"Saya tidak tinggal serumah dengan Nedim dan tidak akan tinggal bersama kerana kami sudah bercerai," tulis Nora yang berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Stories malam tadi.

Dalam pada itu, Nora yang popular menerusi sitkom 'Puteri', turut memberitahu, dia tidak kisah jika bekas suami itu dilihat bersama wanita lain kerana mereka sudah tidak bersama lagi.

Malah kata pelakon itu lagi, perceraian adalah permintaan daripadanya, selain meminta peminat di luar sana jangan sampaikan kepadanya mengenai kehidupan bekas suaminya itu.

Klik untuk gambar besar

"Dan tidak mengapa jika kelihatan dia bersama wanita-wanita lain kerana perceraian ini adalah permintaan saya. Jadi biarlah dia dan kehidupannya. Jangan sampaikan kepada saya okay?

"Masing-masing dah melalui jalan berbeza. Kami hanya rapat atas urusan anak-anak. Tidak lebih, harap maklum," tuturnya.

Untuk makluman, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.

Selepas tujuh tahun hidup bersama, Nora dan Nedim akhirnya sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada 19 Jun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: