18 July 2024

SAHKAN SUDAH BERTUNANG - MAS KHAN BAKAL KAHWIN PRAMUGARI 25 MEI TAHUN DEPAN



Selepas hampir setahun menutup pintu hati apabila melalui episod perpisahan dengan usahawan, Diana Nasimuddin, pelakon Mas Khan akhirnya menemui wanita pilihannya yang dikenali sejak lima bulan lalu.

Malah, Mas Khan turut mengesahkan dia telah pun bertunang dengan ketua pramugari sebuah syarikat penerbangan, Anatasha Diana, 27, dalam satu majlis tertutup di sebuah restoran, di sini, pada 13 Julai lalu.

"Selain bekerja sebagai pramugari, Anatasha juga adalah tenaga pengajar selam scuba. Jadi, ketika saya nak ambil lesen scuba, saya minta dia untuk mengajar saya. Sejak itu kami mula berkenalan dan akhirnya kami bersepakat untuk melangkah ke fasa pertunangan.

"Sebelum ini, saya memang tak beri ruang kepada mana-mana wanita untuk mengenali saya secara dekat sebab saya pernah bertunang dan akhirnya hubungan kami tidak berjalan dengan baik.

"Walaupun saya ada mengenali beberapa wanita sebelum ini, tapi hubungan itu hanya sekadar kawan. Namun entah mengapa Anatasha ini cukup istimewa dan saya terus jatuh cinta dengannya.

Klik untuk gambar besar

"Saya suka dengan keperibadiannya yang pandai memasak serta bertanggungjawab. Kami juga berkongsi cerita yang sama kerana masing-masing menjaga ibu.

"Malah kami selalu berkongsi cerita dan masalah bersama. Saya nampak bagaimana dia menggalas tanggungjawab sebagai seorang anak serta tidak pernah mengharapkan lelaki untuk hidup," jelasnya.

Dalam majlis pertunangan yang dihadiri kedua-dua belah keluarga, saudara-mara dan teman terdekat, Mas Khan dan Anatasha menyerahkan lima dulang hantaran.

Lebih istimewa, pada majlis pertunangan itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan pada 25 Mei tahun depan kerana tarikhnya yang cantik iaitu 25525.

Kongsi Mas Khan lagi, dia tidak sangka majlis pertunangan mereka begitu meriah dan segala persiapan diuruskan oleh bakal isterinya yang merupakan seorang pramugari.
"Saya pun tak sangka majlis kami meriah bagitu. Saya tak tahu berapa bajet sebab semuanya diuruskan Ana. Majlis pertunangan biasanya dilakukan pihak perempuan dan dia juga tidak meminta bantuan kewangan daripada saya.

"Dia uruskan majlis dengan baik dan sebab itu saya tahu Ana adalah pilihan tepat," tutur Mas Khan yang turut mengaku, dia tidak banyak berkongsi kisah hubungan cintanya dengan Anatasha di media sosial.

"Apa yang berlaku sebelum ini saya banyak belajar. Saya tidak menyal@hkan sesiapa, tapi saya ambil pengajaran daripada setiap hal yang terjadi.

"Kenapa saya memilih untuk tidak berkongsi dengan siapa saya berkawan, sebab tak nak ada pihak lain yang bercerita buruk pasal saya kepada tunang saya ini.
"Saya akui ada pihak yang sengaja meny£barkan cerita p@lsu seperti mendakwa saya 'pl@yboy' serta bercerita hal buruk yang saya tak pernah buat atau kesal@han yang pernah dilakukan dulu tapi seolah-olah hal itu baru terjadi.

"Saya pun tak nak dia dis£rang kerana seeloknya biar saya dan dia saja menyelesaikan setiap mas@lah itu bersama-sama.

"Lagipun sekarang ini kita tengok orang tayang kebahagiaan di media sosial, tapi hakikatnya mereka berd£pan mas@lah dan bercerai. Jadi lebih baik saya 'simpan' kisah kami ini, dan sekarang sudah pun bertunang," katanya.

Untuk makluman, Mas Khan pernah menjalin hubungan cinta dengan Diana dan dilaporkan mengikat tali pertunangan pada November 2021.

Bagaimanapun pada awal tahun lalu, Mas Khan mengesahkan sudah kembali solo, sekali gus menjawab dakwaan hubungannya dengan Diana sudah berakhir.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: