18 July 2024

MAHU JAGA PANDANGAN & HATI - ADIRA 'UNF0LLOW' BEKAS SUAMI DI MEDIA SOSIAL



"Sebenarnya ia untuk menjaga pandangan, hati dan mata saja. Ia bagus supaya kami akan sentiasa baik. Saling tidak mengikuti di media sosial ini tidak bermakna kami berg@duh.
"Kami akan berjumpa juga kerana dia bapa kepada anak-anak kami. Cuma hubungan kami sudah bertukar menjadi orang luar."

Demikian jelas Adira Suhaimi dimana penyanyi itu menjelaskan, dia dan bekas suaminya, usahawan Datuk Red, bertind@k saling berhenti mengikut satu sama lain (unf0llow) di media sosial sebaik saja tamat tempoh idah.

Kata Adira, tind@kan tersebut adalah demi menjaga hati dan pandangan dan dalam masa sama memastikan hubungan mereka kekal baik.

Sementara itu, Adira enggan mengambil pusing kec@man netizen, susulan hubungan mesra mereka ketika tempoh idah sebelum ini.

"Saya tak ambil pusing dengan komen-komen netizen, hubungan kami masih baik kadang kala terlebih gurau itu biasa. Ketika itu dalam tempoh idah, saya tahu dia boleh balik rumah dan siapalah saya untuk menghal@ng perkara itu.

"Hubungan kami baik saja sebagai rakan. Bila sudah habis idah ada pula jarak yang kami perlu jaga. Kami sudah ada kehidupan masing-masing," ujarnya.

Untuk makluman, pada 24 April lalu, Adira dan Datuk Red sah bercerai selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: