18 July 2024

"KAMI BAKAL BERTIGA KELAK" - INTAN NAJUWA UMUM HAMIL, TRIMESTER KEDUA



"Rahsia kecil kami akhirnya dikongsikan. Kami bakal bertiga kelak πŸ₯ΉπŸπŸ«ΆπŸ»," itulah tulis pelakon Datin Intan Najuwa, 27, yang berkongsikan khabar gembira di Instagram, dimana dia kini hamil anak sulung.

Melihat pada perkongsian itu, Intan turut berkongsikan video menampakkan 'baby bump' pada bahagian perut dan mengatakan mereka bakal bertiga selepas ini.

Dalam hantaran tersebut, Intan yang tidak menyatakan usia kandungannya itu turut berkongsi rakaman imbasan son0gram memaparkan perkembangan bayi dalam kandungan.

Klik untuk gambar besar

Perkongsian Intan itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan peminat yang mengucapkan tahniah buat Intan dan suami.

Selain itu, Intan juga menjelaskan bahawa usia kandungannya itu kini sudah memasuki trimester kedua ketika menjawab nasihat pengikutnya yang risau akan kehamilan pelakon itu dimana ia dikongsikan terlalu awal.

Untuk makluman, Intan sah bergelar isteri kepada usahawan, Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: