27 July 2024

SITI NURHALIZA BAKAL MENAJA TIGA PASANGAN JALANI RAWATAN IVF



"Situasi dan rezeki (anak) setiap orang berbeza, namun kita haruslah berusaha. Saya bersama Yayasan Nurjiwa memberikan tajaan kepada tiga pasangan yang terpilih dan berdoa agar proses rawatan dijalani mereka nanti berjaya sehingga ke akhirnya."
Itulah kata penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 46, dimana dia sudi menaja tiga pasangan suami isteri yang layak untuk mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) bagi memiliki anak menerusi Yayasan Nurjiwa.

Pengalaman 11 tahun menunggu rezeki zuriat membuatkan Siti sudi menaja tiga pasangan terb@bit, selain berkata, kaedah IVF sebagai perjalanan harapan bagi pasangan suami isteri yang mengimpikan memiliki cahaya mata sebagaimana dilaluinya dulu.

Bagaimanapun untuk peringkat awal pr0gram itu, Yayasan Nurjiwa yang diasas dan dipengerusikan oleh Siti bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, akan memilih 20 pasangan yang layak dan menepati kriteria bagi menjalani pemeriksaan kesihatan di Alhaya Fertility Centre.

Seterusnya, pihak Alhaya Fertility Centre yang juga rakan kongsi Yayasan Nurjiwa akan memilih tiga pasangan suami isteri bertuah dan layak mendapat tajaan IVF disediakan itu bagi menjalani beberapa siri rawatan yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Siti berharap kerjasama yang dijalankan itu dapat memberi sinar dan peluang kepada pasangan suami isteri yang sabar menunggu rezeki zuriat selepas pelbagai cara dan ikhtiar dilakukan untuk hamil.

Sebelum ini, Siti pernah melalui pengalaman menjalani rawatan IVF untuk memiliki dua anaknya, Siti Aafiyah, 6, dan Muhammad Afwa, 3, yang baginya dapat dijadikan inspirasi kepada pasangan suami isteri lain yang inginkan zuriat.

"Saya sudah melalui pr0ses rawatan IVF beberapa kali sebelum mendapat anak pertama, Siti Aafiyah dan berusaha lagi menerusi rawatan yang sama untuk anak kedua, Muhammad Afwa," tuturnya.

Terdahulu, hasrat murni untuk membantu itu diluahkan Siti menerusi perkongsian video dimuat naik di TikT0k yang menawarkan tajaan rawatan IVF kepada pasangan suami isteri sudah lama berkahwin, namun belum mempunyai anak.

"Saya ingin berkongsi berita gembira kepada semua pasangan suami isteri yang sudah lama mendirikan rumah tangga dan masih berusaha mendapatkan cahaya mata. Kalian kini boleh memohon dalam program IVF Nurjiwa: Sempurnakan Sebuah Cinta.

"Permohonan awal terh@d kepada 20 pasangan saja untuk kita meneliti dan hanya memilih tiga pasangan yang layak untuk tajaan IVF disediakan. Selamat mencuba dan semoga impian anda semua jadi kenyataan," ujarnya.

Sehubungan itu, Siti mendapat pujian kebanyakan netizen di media sosial kerana berbesar hati membantu pasangan suami isteri yang mengimpikan cahaya mata dan berhasrat bergelar ibu bapa.

Untuk makluman, Siti mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk K pada 21 Ogos 2006. Hasil perkahwinan itu, Siti dikurniakan sepasang anak, Siti Aafiyah, 6, dan Muhammad Afwa, 3, menerusi rawatan IVF.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: