Pelawak veteran, Sathiya, 60, yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akib@t s£rangan angin ahmar ringan itu dilaporkan sudah pulang ke rumah Sabtu lalu.
Dalam pada itu, Sathiya meluahkan rasa syukur kesihatannya beransur pulih, namun belum mempunyai kekuatan untuk memandu.
"Saya okey dan sihat, belum m@ti lagi. Cuma mengalami serangan angin ahmar ringan saja. Kaki dan tangan kanan saya mengal@mi s£rangan angin ahmar ringan, tapi semuanya berada dalam keadaan baik. Saya masih bergerak seperti biasa, cuma agak terbat@s.
"Sejak dibenarkan pulang ke rumah, saya belum boleh memandu lagi sebab belum kaki kanan belum kuat sepenuhnya. Jangan risau. Saya baik-baik saja dan sudah boleh meneruskan aktiviti kerja seperti biasa," jelasnya.
Ujar Sathiya lagi, walaupun diuj1 dengan kes@kitan, namun dia enggan memb£bankan mana-mana pihak.
"Saya tidak harapkan duit sesiapa. Saya ada duit simpanan sikit untuk meneruskan hidup. Duit banyak mana pun, tetap tiada gunanya. Selagi masih ada kudrat untuk bekerja, saya akan teruskan.
"Anak-anak pun sudah besar dan berkeluarga. Saya kini hanya perlu kerja untuk menyara isteri saya," katanya.
Sebelum ini, Sathia mengal@mi s£rangan angin ahmar selepas mengadu k£bas kaki dan tangan ketika sedang bersarapan di rumahnya, baru-baru ini.
Menurut anak sulungnya, Vickynesawwry Nayar, 34, bapanya itu dikejarkan ke HKL selepas rawatan segera di sebuah klinik mendapati dia terk£na s£rangan angin ahmar.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment