26 July 2024

JAGA KEBAJIKAN ADIK-BERADIK & BEKAS ISTERI - CHEF WAN BERI ELAUN : "BIAR KITA M@TI MISKIN, BIAR KURANG HARTA TAPI KITA LEBIHKAN KEBAJIKAN"



"Adik beradik pun saya bagi elaun. Seorang yang RM3,000, seorang RM2,000, macam duit penc£n. Semua orang dapat. Selepas ibu saya dah meninggal, bekas isteri saya semua dapat. Adik beradik semua saya jaga.
"Pada saya, saya seorang yang seimbang. Duit adalah duit. Tadi chef saya pun cakap untuk kanser, 'banyak Chef bagi dana tahun ini’ saya kata, ‘tak apalah, sedekah'."

Itulah tutur Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra disapa Chef Wan, dimana chef selebriti popular itu berkata, dia menjaga kebajikan adik-beradik termasuk bekas isterinya selepas pemergian ibu tersayang.

Chef yang berkongsi perkara itu menerusi satu temu bual di TikT0k, memberitahu, dia memberikan elaun kepada adik-beradiknya dan lebih mengutamakan kebajikan dengan harta dimilikinya.

Dilimpahi dengan rezeki yang mencurah-curah membuatkan Chef Wan untuk saling berkongsi rezeki dengan keluarga serta orang-orang yang memerlukan.

Dalam pada itu, ujar Chef Wan lagi, dia amat mementingkan berbuat kebajikan dan berkongsi rezeki dengan mereka yang lebih memerlukan.

"Biar kita m@ti miskin, biar kurang harta tapi kita lebihkan kebajikan. Pada akhirnya bukan tanya berapa rumah yang awak ada kan? Ada lima biji rumah, nak buat apa banyak rumah? Anak semua dah ada dah bahagian masing-masing, cukuplah.

"Tak payah beli rumah lagi dah. Duit itu lebih baik pergi travel, bagi kebajikan mana yang perlu. Kena kebajikan yang betul-betul lah. Orang-orang sus@h, cac@t, autist1k, but@, rumah tua-tua," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: