26 July 2024

"DOKTOR SAHKAN ISTERI BEBAS DARI SEBARANG PENY4KIT BERKAITAN JANTUNG..." - JAMAL ABDILLAH



"Isteri mengal@mi al@han yang sangat t£ruk dan diberi ubat tah@n munt@h tetapi munt@h semula hingga menyebabkan jantungnya bengk@k serta mendapat s£rangan jantung hingga dimasukkan ke IJN.
"Alhamdulillah, selepas di rawat di IJN dan pemeriksaan angi0gram, doktor mengesahkan isteri bebas dari sebarang penyakit berkaitan jantung dan sudah dibenarkan keluar dari IJN, lebih seminggu lalu untuk berehat di rumah.

"Keadaan isteri dan bayi dalam kandungan yang kini berusia tiga bulan juga berada dalam keadaan baik."

Demikian jelas penyanyi Datuk Jamal Abdillah, 65, yang berasa lega dan bersyukur selepas doktor pakar di Institut Jantung Negara (IJN) mengesahkan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 28, tidak menghid@p peny@kit jantung seperti didakwa sebelum ini.

Kata Jamal, doktor pakar memberitahu perkara itu selepas isterinya menjalani pemeriksaan angi0gram (masukkan tiub) ketika dirawat di IJN akib@t al@han mengandung yang t£ruk dan munt@h-munt@h.

Mengulas keadaan isterinya lagi, Jamal menjelaskan, doktor pakar juga menyarankan isterinya itu membuat pemeriksaan di IJN setiap bulan sehingga sampai saat melahirkan nanti.

"Isteri masih munt@h lagi dan tubuhnya juga kurus kerana sus@h nak makan dan dia juga ada mas@lah gastr1k. Saya juga terpaksa beli makanan yang dia mahu makan seperti coklat, buah-buahan dan roti canai.

"Pada masa sama, doktor pakar juga menyarankan isteri untuk membuat 'check up' dan bersalin di Hospital Kuala Lumpur untuk memudahkan pihak IJN melakukan pemantauan kesihatannya sehingga bersalin nanti," kata Raja Pop itu.

Sementara itu, ditanya pula mengenai jantina bayinya yang dijangka dilahirkan Januari depan, kata Jamal, dia berhasrat kali ini untuk mendapat anak perempuan untuk melengkapkan lagi keluarganya itu.

"Masih awal lagi untuk mengetahui jantina bayi kelima kami ini kerana isteri dijangka melahirkan pada Januari depan. Saya juga mohon doa dari semua peminat semoga isteri selamat melahirkan anak kami nanti," tuturnya.

Terdahulu, Jamal memaklumkan, isterinya itu terpaksa dirawat di IJN akib@t al@han mengandung yang t£ruk dan munt@h-munt@h.

Hasil perkongsian hidup dengan Zai Izzati pada 1 April 2017, Jamal dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 5; El Isaac Yamani, 4; Iskandar Rayyan Yamani, 2, dan Rahil Laura Salsabila Yamani yang kini berusia setahun lebih.

Jamal juga memiliki dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: