26 July 2024

HARITH ISKANDER DIDAKWA CUR4NG PUNCA BERPISAH - INI JAWAB BEKAS ISTERI



"Dia (Harith) sudah cakap dia sudah buat kesil@pan dan kita patut menghormati sebab ia tak mudah untuk seseorang mengeluarkan kenyataan dia sudah buat sal@h, jadi walau apa pun sebabnya, ia bukanlah satu mas@lah.
"Apa yang penting kami memaafkan antara satu sama lain dan teruskan kehidupan kerana kami berjanji untuk lebih berjaya bersama."

Itulah jawab bekas isteri kepada Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim, dimana dia mempertahankan pelawak itu yang mengaku melakukan kesil@pan sehingga rumah tangga mereka berakhir denga perceraian.

Jelas Jezamine, perceraian mereka berpunca daripada tiada lagi persefahaman dan bukan kerana perkara lain.

Dalam pada itu, bekas isteri Harith ini berkata, dia turut sedih selepas disahkan bercerai, namun dia dan bekas suaminya itu tetap menjadi kawan baik, malah dia juga merupakan pengurus Harith.

"Sudah tentu saya sedih tapi saya rasa ini adalah permulaan baharu. Sebenarnya semua saya sudah kongsi dalam video sebelum ini dan hari ini kami boleh katakan kami adalah kawan baik.

"Kami memang kawan baik dan sehingga hari ini bila saya 'strvggle' saya masih menghubungi dia dan bercerita mengenai hari saya. Saya juga masih pengurus dia.

"Kami rasa kami melakukan kerja yang sangat baik untuk itu, dia menyokong saya. Itu yang saya sangat bersyukur sebab kami bermula sebagai kawan baik dan dia juga sangat memahami walaupun kadang-kadang dia boleh jadi sangat pendiam tapi dia sedang mengan@lisis," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: