25 July 2024

TEKAD KEMBALI MENETAP DI MALAYSIA - YUNA MAHU LEBIH DEKAT DENGAN KELUARGA, RANCANG MILIKI ANAK



Selepas lebih sedekad berhijrah ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), penyanyi Yuna memberitahu, dia tekad untuk kembali menetap di Malaysia kerana mahu lebih dekat dengan keluarga.
Jelas Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara'ai, biarpun sudah tinggal di Malaysia, namun kerjayanya di AS tetap berjalan seperti biasa.

"Insya-Allah, saya dan suami bercadang kembali menetap di Malaysia. Lagipun, ibu bapa saya sudah semakin berusia, jadi saya ingin lebih dekat dengan mereka.

"Keluarga gembira dan menyambut baik keputusan. Kami pun gembira kerana akhirnya hasrat untuk lebih rapat dengan keluarga dan meluangkan masa bersama tercapai.

"Sekarang ini kami sedang dalam proses mengubah suai rumah untuk kehidupan lebih selesa. Kalau ada apa-apa kerja rakaman di AS, biasanya hanya ambil masa dua minggu. Tapi, itu bukan mas@lah kerana kami ada teknologi yang boleh dimanfaatkan.

"Saya akui AS memang tempatnya dari segi kerjaya muzik, tetapi kalau bercakap mengenai kualiti kehidupan, di sini lebih baik," kata Yuna dimana dia juga tidak menolak faktor usia serta perancangan memiliki keluarga antara punca mengapa dia dan suami membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia.

"Mungkin faktor usia juga membuatkan saya nak berpangkalan di Malaysia, penat bila duduk lama-lama dalam kapal terbang sampai s@kit belakang.

"Kami juga memang ada perancangan ke arah memiliki anak dan sedang berusaha. Tapi sebelum itu, kami perlu memastikan kehidupan selesa dan stabil dulu," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: