"Sudah lama kami berusaha untuk selamatkan rumah tangga ini, bukan dari pihak saya sahaja tetapi Jezamine juga. Kami dah sampai ke tahap ini dengan cara yang baik, masih lagi berkawan demi kebaikan anak-anak kami.
"Perkara ini semua berkekalan dengan lancar dan kami sudah tiba di satu tahap sudah bersetuju dalam semua asp£k untuk perceraian ini.
"Ketika melafazkan talak, pastinya sedih tetapi secara peribadi, kedua-duanya setuju dan dapat 'move forward' dalam kehidupan masing-masing."
Demikian kata pelawak Harith Iskander dimana dia kini sudah pun melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Dr Jezamine Lim pada jam 12.05 tengah hari tadi selepas 14 tahun mendirikan rumah tangga.
Ujar Harith, dia dan bekas isterinya itu sudah berusaha menyelamatkan rumah tangga mereka, namun perceraian yang berlaku adalah langkah terakhir.
Dalam pada itu, Harith menjelaskan, hubungannya dengan Jezamine kekal sebagai sahabat demi anak-anak mereka dan dia juga mengakui sedih ketika melafazkan talak.
Klik untuk gambar besar
Harith atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa, 57, melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Siti Noraini Mohd Ali.
Peguam mewakili pasangan itu, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, mereka bersetuju bercerai secara baik dan punca perceraian adalah kerana tiada persefahaman.
Kedua-duanya memilih untuk menjalankan perbicaraan secara tertutup atas alasan enggan berkongsi isu rumah tangga mereka kepada umum.
Disamping itu, ditanya pula mengenai peluang jika ditakdirkan kembali bersama Jezamine, Harith berkata, dia menyerahkan segala-galanya kepada Allah.
"Itu semua di tangan Allah, tiada siapa yang boleh kata segalanya akan terjadi esok. Masa sebelum kahwin pun saya tak pernah tahu esok akan kahwin. Mungkin satu hari kalau ditakdirkan bersama, Insya-Allah," tuturnya.
Untuk makluman, Harith Iskander dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment