Penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang telah didakwa melangg@r k0ntrak yang sudah dipersetujui tiga tahun lalu dan disebabkan itu, dia diminta membayar sebanyak RM500,000 kepada Armani Entertainment Sdn Bhd.
Ketua Pegawai Else out if uui777uya, Datuk KK Chua berkata, antara isi kandungan dalam dua k0ntrak berkenaan ialah Michael perlu memasukkan artis di bawah syarikat itu dalam dua program realiti TV popular.
Jelas KK Chua lagi, artis di bawah pengurusan Armani Entertainment juga dijanjikan Michael untuk menjadi pelakon utama dan pelakon pembantu dalam drama terbitan syarikat pengarah itu.
"Pihak kami juga sudah membayar wang tunai sebanyak RM250,000, manakala RM250,000 lagi adalah kos ubahsuai rumahnya di Desa Park, Kuala Lumpur yang dibayar menerusi program 'Fix It Til You Make It'.
"Bagaimanapun, Michael hanya melaksanakan tiga tugas yang terkandung dalam k0ntrak iaitu memasukkan satu lagu runut bunyi, memberi watak pelakon pembantu dan menjadi juri program di enam lokasi.
"Perjanjian sudah ditandatangani pada 1 Oktober 2021 tetapi sehingga kini, Michael tidak memenuhi tanggungjawab seperti terkandung dalam k0ntrak," ujarnya.
Dalam sidang media yang diadakan semalam, hadir sama, dua peguam yang mewakili Armani Entertainment, Syed Ahmad Naqiuddin Syed Mohammad Rizal dan Lim Zi Hwei dari Zi & Associates.
Klik untuk gambar besar
Mengenai k0ntrak lagi, kata KK Chua, pihaknya sudah menghubungi Michael selepas k0ntrak pertama gag@l dipenuhi dan dia juga sudah menandatangani perjanjian buat kali kedua pada 2 September 2022.
û "Disebabkan dia (Michael) tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dalam k0ntrak pertama, pihak kami minta dia memulangkan semula wang tapi Michael enggan berbuat demikian.
"Selepas memberi peluang kedua, Michael masih gag@l melaksanakan tanggungjawab yang dijanjikan seperti dalam k0ntrak.
"Justeru, selepas mengambil kira pelbagai perkara, pihak kami sudah memfailkan sam@n terhadap Michael," katanya.
Disamping itu, KK Chua berkata, pihaknya berharap kejadian mal@ng yang men1mpa syarikatnya itu boleh dijadikan pengajaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati.
Selain itu, peguam KK Chua, Lim Zi Hwei juga memaklumkan, sebutan pertama k£s itu akan diadakan pada 5 Ogos depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Sementara itu, Michael ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan hanya menyerahkan kepada peguam yang dilantik untuk menyelesaikan k£s berkenaan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment