08 July 2024

TULAR FOTO PERKAHWINAN - BEN LADIN SUDAH BERGELAR SUAMI?



Baru-baru ini, tular foto perkahwinan dipercayai penyanyi Ben Ladin, dimana dia dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Shida.

Malah, berita perkahwinan itu turut disahkan oleh seorang wanita dipercayai ibu saudara kepada pengantin perempuan dikenali sebagai Hamidah menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Hamidah dalam hantaran tersebut memberitahu, dia menghadiri persandingan anak saudaranya dengan Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Benladin Munshi Shaihan, 23, namun tidak menyatakan tarikh sebenar perkahwinan pasangan berkenaan.

"Persandingan anak buah dengan pasangannya Ben Ladin. Semoga kekal Bahagia hingga ke Jannah," tuturnya.

Dalam pada itu, menerusi video yang tular di aplik@si TikT0k, Ben dilihat mengenakan pakaian sut berona biru, manakala pengantin perempuan pula memakai gaun serba putih.

Klik untuk gambar besar

Penyanyi itu juga memakai inai di tiga jarinya dan memeluk wanita berkenaan di penghujung video tersebut.

Perkara itu dikongsi oleh akaun TikT0k @frzdzhlmi yang merupakan jurukamera untuk majlis nikah dan resepsi Ben dan isteri.

Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen terk£jut dengan perkara itu, namun mendoakan hubungan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.

"Lah dah kahwin? Ingat lagi dulu layan dia dekat rancangan Idola Kecil kat TV9."
"Ben dah kahwin? Aku tetap pandang dia macam budak-budak lagi."

"Ni tanda aku dah tua ke? Dulu tengok kecil je dia ni, sekarang tahu-tahu dah kahwin," antara kata-kata netizen di ruangan komen.

Sementara itu, berhubung perkahwinan tersebut, Ben sehingga kini masih belum membuat sebarang kenyataan, mahupun memuat naik sebarang hantaran berkaitan hari bahagianya di media sosial.

Jika benar Ben sudah bergelar suami, tahniah kami ucapkan dan semoga bahtera rumah tangga berkekalan hingga akhir hayat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: