08 July 2024

BERJAYA DAKI GUNUNG KINABALU - SHERRY IBRAHIM KATA INI KALI PERTAMA & TERAKHIR



"Syukur Alhamdulillah, Sherry baik-baik saja dan Sherry berjaya. 6 pagi, Gunung Kinabalu 4095.2 meter. Sampai ke puncak sebelum matahari terbit dan melihat pelangi yang indah selepas hujan.
"Dua hari satu malam. Perjalanan ke puncak ini lebih daripada sekadar pendakian fizikal. Ia adalah uj1an ketah@nan, t£kad dan ketabahan, mendorong saya melebihi had saya secara fizikal dan ment@l."

Demikian tulis pelakon Sherry Ibrahim yang berkongsi kebanggaan dan kegembiraannya apabila dapat menakluk puncak Gunung Kinabalu, pagi semalam.

Perkongsian yang turut disertakan beberapa gambar ketika berada di puncak gunung tertinggi di Malaysia itu dimuat naik Sherry di laman sosial miliknya.

Ujar Sherry, ia bukan sekadar pendakian, tetapi ruang pertemuan dengan kawan-kawan baru yang menjadi pendorong semangat.

'Berjumpa dengan kawan-kawan baru yang semuanya kuat dan hebat. Akhirnya, bukan gunung yang kita taw@n tetapi diri kita sendiri, sudah tentu dengan kehendak Allah.

'Pertama dan terakhir kali ke Kinabalu. Saya tak rasa kaki saya lagi dalam perjalanan turun, jalan macam ketam!" katanya bersel0roh.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: