08 July 2024

HASRAT BUAT IVF - HAZAMA & ISTERI KETEPIKAN DULU, GUNA WANG UNTUK HASILKAN ALBUM



"Anak tiada rezeki lagi. Duit yang sepatutnya mungkin saya boleh cuba buat IVF untuk isteri, saya letakkan ke arah tanggungjawab dalam bidang kerja saya. Harapan saya sangat tinggi terhadap album ini.
"Jadi, saya ambil rezeki ke arah itu (ada anak) ke sini. Saya fikirkan ini tanggungjawab yang saya belum selesai lagi. Dalam industri muzik ini banyak benda yang tak selesai, jadi saya kena selesaikan satu persatu.

"Saya pun nak buktikan yang saya sebenarnya layak berada dalam industri muzik. Jadi, saya fikir saya nak selesaikan ini dulu. Sebagai penyanyi saya nak ada satu kenyataan mengenai saya.

"Iyalah, kalau orang kata saya ada anak, dia akan bawa nama saya. Tapi kalau kita tinggalkan karya, ia mungkin boleh pergi selamanya."

Itulah ujar penyanyi Hazama, 40, yang berkata, dia dan isterinya, Genervie Kam reda apabila perkahwinan mereka yang kini berusia tujuh tahun belum dikurniakan anak.

Jelas penyanyi lagu 'Relakan Jiwa' ini, dia juga mengenepikan seketika hasrat untuk mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) dalam usaha untuk mendapatkan anak dan menggunakan wang yang ada untuk perbelanjaan menghasilkan album kedua berjudul 'Pujangga'.

Dalam pada itu, Hazama turut menganggap album ini ibarat anak sulungnya serta meletakkan harapan tinggi agar album ini dapat menempatkan namanya dalam industri muzik.

"Ia menunjukkan saya wujud dalam kerjaya ini. Saya tiada anak lagi. Kalau ada anak Alhamdulillah. Dia yang akan bawa nama saya untuk generasi saya, bahawa saya pernah ada dalam kehidupan. Jadi album inilah buktinya," katanya.

Sementara itu, Hazama ketika ditanya mengenai rumah tangganya, berkata, dia dan isteri tetap bahagia berdua walaupun sudah tujuh tahun bersama tanpa anak.

"Orang cakap fasa pertama suami isteri akan didug@ dalam tempoh ini. Alhamdulillah dalam tempoh ini kami semakin mengenali antara satu sama lain dan makin bahagia.

"Saya bersyukur dapat isteri yang memahami, yang 'guide' dan banyak bantu serta banyak mengubah benda-benda yang tak bagus pada saya.

"Ada pr0sesnya dan dia banyak sabar dengan saya. Jadi kami sesuailah untuk bersama. Kita makin kenal dan perkahwinan makin matang, makin okey.

"Saya juga masih berpegang pada prinsip tak nak ambil angkat kerana untuk apa? Saya nak anak daripada zuriat sendiri. Contohnya kalau bukan anak saya, bukan dari baka saya, saya boleh menyanyi dan isteri main muzik.

"Kita ada harapan kalau boleh anak saya masuk dalam bidang seni bukan kerja dalam bidang lain. Kalau dari baka kita, sekurang-kurangnya anak akan ikut juga bakat.

"Saya tak nak ambil anak angkat kerana saya ada anak saudara empat orang. Jadi merekalah, kalau apa-apa misalnya saya meninggal dunia, saya dah siapkan benda ini untuk mereka," tuturnya.

Untuk makluman, Hazama berkahwin dengan Genervie yang merupakan seorang pengarah muzik, pada 14 Januari 2017.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: