08 July 2024

KEADAAN KINI STABIL, SEMAKIN OKAY - ALYAH DIBENARKAN PULANG KE RUMAH



"Alhamdulillah, Datin Alyah sudah semakin okay hari ini dan dibenarkan pulang ke rumah. Doktor maklumkan ada kahak di bahagian bawah rusuk kiri dan dah diberikan ubat untuk mencairkannya.
"Satu lagi yang dimaklumkan doktor adalah kewujudan j@ngkitan kuman di paru-paru, namun tidak s£rius. Tapi, dalam dua minggu lagi, Datin Alyah perlu sekali lagi menjalani pemeriksaan lanjut."

Demikian kata pengurus penyanyi Datin Alyah iaitu Aida Arisya, dimana dia memaklumkan, Alyah kini dalam keadaan stabil dan hari ini sudah dibenarkan pulang ke rumah untuk menjalani pr0ses berehat secukupnya selepas menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya sejak Khamis lalu.

Jelas Aida lagi, doktor ada memberitahu mengenai kahak di bawah rusuk kiri dan j@ngkitan kum@n di paru-paru tidak s£rius.

Tambahnya, perubahan cuaca di Tanah Suci menjadi punc@ batuk berl@rutan selama dua minggu yang dial@mi Alyah.

"Disebabkan cuaca yang panas sangat di sana menyebabkan Alyah batuk berterusan selama dua minggu sejak berangkat ke sana.

"Jadi, doktor nasihatkannya untuk mendapatkan rehat secukupnya di rumah selepas keluar dari hospital," tuturnya.

Sebelum ini, sepanjang berada di Tanah Suci sejak 12 Jun hingga 4 Julai lalu, Alyah menerima dua kali rawatan di hospital sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air dan meneruskan rawatan di sini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: