Atas pertuduhan mengambil dad@h pada 2019, vokalis Exists iaitu Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, 47, telah dik£nakan hukvman d£nda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Hakim Fatimah Zahari turut memerintahkan penyanyi lagu 'Untukmu Ibu' itu menjalani dua tahun pengawasan di Ag£nsi Anti Dad@h Kebangsaan (AADK) Bentong dekat Pahang untuk rawatan dan pemulihan.
Beliau membuat keputusan itu selepas Mamat mengaku bersal@h atas pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dad@h Berbah@ya 1952 bagi pertuduhan pertama.
Mengikut kertas pertuduhan, Mamat didakwa memberikan kepada diri sendiri dad@h jenis Methamph£tamine, kira-kira jam 2 pagi pada 9 September 2019 di Pejabat Bahagian Sias@tan Jen@yah Nark0tik IPD Johor Bahru Utara.
Dalam pada itu, Mamat juga mempunyai kesal@han berulang mengambil dad@h pada tahun 2016 dan 2018.
Tuduhan sebelum ini dibuat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dad@h Berbah@ya 1952 itu boleh dihukvm di bawah Seksyen 39C (1) akta sama yang membawa hukvman penj@ra sehingga tujuh tahun, serta seb@tan, jika sab1t kesal@han.
Pros1ding dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Bariah Jalil, manakala Mamat diwakili peguam bela, Azlina Abdul Aziz. Mamat membayar d£nda berkenaan.
Pada awal tahun ini, Mamat yang berd£pan dua pertuduhan memiliki dan mengambil dad@h pada tahun 2019 mengaku tidak bersal@h di hadapan Hakim Fatimah Zahari dan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin, sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment