07 July 2024

TAMAT ZAMAN BUJANG - SEAN LEE PILIH MODEL SEBAGAI ISTERI



Pelakon dan pengacara Sean Lee, 30, menerusi laman Instagram miliknya telah membuat k£jutan apabila berkongsi beberapa foto dia bersama seorang wanita mengenakan busana pengantin, dipercayai sudah berkahwin.

Dalam perkongsian tersebut, Sean atau nama sebenarnya Lee Jia Ern, turut meletakkan kapsyen 'yes & amen' serta 'too cute to gatekeep'.

Difahamkan, wanita yang berjaya menambat hati Sean dikenali sebagai Bay Doucet, 26, dimana wanita itu merupakan seorang model.

Menerusi sal@h satu foto yang dikongsikan, ia memperlihatkan tiga cenderamata yang diletakkan di atas meja dipercayai sebagai hadiah kepada tetamu.

Klik untuk gambar besar

Sal@h satu cenderamata kotak berwarna putih tertera perkataan 'Just Married' berserta namanya dan isteri.

Manakala kipas tangan yang diletakkan di bahagian di tepi meja pula tertera tarikh 7 Julai 2024 iaitu hari mereka disatukan sebagai suami isteri.

Bukan itu sahaja, turut kelihatan sebuah botol yang tertera tulisan dalam bahasa Thailand.
Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah buat Sean.

Sebelum ini, Sean Lee mengakui ada perancangan menamatkan zaman bujang dalam usia muda, namun perlu menyelesaikan banyak perkara terlebih dahulu.

Bagaimanapun, Sean memilih untuk merahsiakan mengenai status dirinya dan membiarkan peminat tahu sendiri.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: