07 July 2024

"DIA PALING PENDIAM & AKAN BERCAKAP BILA PERLU... UNCLE SUKA KONGSIKAN PENDAPATNYA MENGENAI SESUATU KARYA SENI" - ANAK SAUDARA KONGSI KEPERIBADIAN ARWAH MANSOR PUTEH



Penerbit TV3, Noradillah Abdullah atau Adeed telah berkongsi mengenai keperibadian bapa saudaranya yang juga pengarah, pengkrit1k filem dan penulis, Allahyarham Mansor Puteh, 71, dimana antaranya arwah suka berkongsi pendapat mengenai karya seni, memandangkan mereka bekerja dalam industri sama.
"Dia paling pendiam dan akan bercakap bila perlu. Walaupun tak banyak bercakap, tapi mungkin sebab saya bekerja dalam bidang ini, jadi dia suka berborak dengan saya.

"Uncle suka kongsikan pendapatnya mengenai sesuatu karya seni. Kalau ada majlis-majlis keramaian keluarga, dia suka merakamkan video untuk kenangan," katanya.

Jelas Adeed, kali terakhir dia berkomunikasi dengan Allahyarham Mansor yang dipanggil dengan panggilan Uncle Mansor, adalah semalam menerusi WhatsApp, sebelum dimaklumkan meninggal dunia, pagi tadi.

"Kali terakhir saya berkomunikasi dengannya adalah semalam, apabila dia mengirimkan gambar arwah papa saya di WhatsApp. Arwah papa meninggal pada 6 Julai 2018.

"Dia memang kerap menghantar artikel lama dan gambar lamanya bersama arwah papa saya. Dalam 10 adik beradik, Uncle Mansor anak keempat, manakala papa pula anak keenam," tuturnya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai berita pemergian Mansor, Adeed berkata, awal pagi tadi, bapa saudaranya itu ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan susulan kakinya.

"Jam 8 pagi, Uncle ada pemeriksaan kesihatan di HKL. Baru-baru ini, dia ada menjalani pemb£dahan di bahagian kaki. Jadi, dia kena buat pemeriksaan susulan.

"Kemudian, dalam jam 8 pagi lebih, sepupu saya yang tinggal serumah dengannya ada menghubunginya untuk tanya keadaan dia sebab pagi-pagi dia dah keluar.

"Kemudian, dalam jam 10 pagi, polis hubungi seorang lagi pakcik saya yang juga adik arwah dan maklumkan dia (Mansor) kemal@ngan dan meninggal dunia.

"Jenazah dibawa ke HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) untuk pemeriksaan dan b£dah sias@t yang selesai pada jam 3.30 petang," ujarnya.

Difahamkan, jenazah Mansor dimandi, dikafankan dan disembahyangkan di HUKM, serta kira-kira jam 5.15 petang tadi, dibawa pulang ke kampung halamannya di Melaka.

Jenazah dijangkakan dikebumikan selepas Maghrib di Tanah Perkuburan Islam Durian Daun, Melaka.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: