09 August 2024

AKUI J4HIL SEBELUM INI - TOM MAKIN MENDALAMI ISLAM, GEMBIRA ANAK-ANAK JUGA SAMA DAPAT DIDIKAN AGAMA



"Sebelum ini saya tak banyak titik beratkan agama dan tak berapa end@h sangat. Saya memang j@hil. Bila berkahwin dengan Fuad, saya banyak belajar apa yang saya tak tahu.
"Pasal isu mahram pun dulu saya tak ambil berat sangat. Contohnya bersalaman dengan lelaki. Itu antara yang Fuad ajarlah. Belajar solat, doa. Saya pun solat juga dulu tapi banyak yang saya tersas@r.

"Sekarang, saya tidaklah solat lima waktu setiap masa. Kadang-kadang saya tertinggal juga. Tapi bila sembahyang itu rasa macam tenang, ada imam dan anak-anak doakan saya."

Demikian kata penyanyi Tom, 38, yang memberitahu, dia semakin mendalami keindahan Islam serta menimba pelbagai ilmu agama sejak mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Fuad Rahman, 45.

Akui Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, sebelum ini dirinya memang j@hil mengenai agama dan Fuad banyak buka matanya dalam menjadi muslimah terbaik.

Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Redha' berkata, dia paling gembira apabila anak-anaknya juga kini mendapat didikan agama yang lebih daripada Fuad.

Bahkan, Tom mendoakan anak perempuannya, Anggun yang berusia lima bulan akan menjadi ustazah suatu hari nanti.

"Anak-anak saya tak pandai sembahyang langsung. Tapi bila dengan Fuad, Alhamdulillah sembahyang lima waktu. Saya pun perlahan-perlahan juga. Saya nak mereka ambil berat pasal agama selain muzik.

"Bila tengok anak-anak sudah pandai sembahyang sendiri, gembira sangat. Nak sangat anak saya jadi ustazah. Saya tidak jadi begitu, mana tahu anak saya ada rezeki (jadi ustazah)," katanya.

Untuk makluman, Tom dan Fuad atau nama sebenarnya, Mohamed Fuad Abdul Rahman berkahwin di Batam, Indonesia pada 23 Februari tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan pada 18 Februari lalu.

Sebelum berkahwin dengan Fuad, Tom pernah berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan tiga anak lelaki menerusi perkahwinan terdahulu.

Sementara Fuad pula, dia juga pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: