07 August 2024

AZHAR SULAIMAN MAHU ANAK LELAKI IMAMKAN SOLAT JENAZAH ANDAI DIA MENINGGAL



"Behar (bahasa dirinya) tiada di Malaysia ketika arwah bapak meninggal dulu dan tak tahu pun macam mana nak buat solat jenazah.
"Jadi sekarang Behar kena ajar Rees menjadi imam untuk sembahyangkan Behar nanti kalau m@ti secara normal."

Itulah tutur pelakon Azhar Sulaiman yang berhasrat untuk melihat anak lelakinya, Andika Rees Pahamin mengimamkan solat jenazah andai ditakdirkan dia meninggal dunia suatu masa nanti.

Azhar menerusi perkongsian di Facebook, berkata, sebelum ini dia tidak dapat mengimamkan jenazah arwah bapanya kerana berada diluar negara dan tidak mempunyai ilmu pengurusan jenazah.

Disebabkan itu, dia mahu mengajar Rees mempelajari rukun sembahyang sunat jenazah sebagai persediaan untuk menjadi imam solat jenazah kelak.

Dalam pada itu, Azhar turut berkongsikan, petikan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang menyatakan anak lelaki wajib mengimamkan jenazah bapa mereka.

"Anak lelaki lebih Afdal sembahyangkan Jenazah ayah mereka sendiri dari Imam Masjid," tulisnya.

Perkongsian Azhar itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyokong hasrat pelakon itu serta menyatakan mereka juga mahu melakukan perkara sama untuk mengajar anak mereka.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: