27 August 2024

DAKWAAN SYAMSUL YUSOF LAFAZKAN CERAI DI LUAR MAHKAMAH - INI JAWAB PEGUAM



"Setakat ini saya tidak menerima sebarang maklumat mengenai lafaz di luar mahkamah. Saya juga tidak menerima sam@n atau dimaklumkan oleh Syamsul berkaitan hal ini.
"Syamsul hanya memfailkan tuntutan perceraian dengan kebenaran mahkamah di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS)."

Itulah jelas peguam mewakili pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof, 40, iaitu Azmi Mohd Rais yang memaklumkan, dia tidak mengetahui mengenai dakwaan lafaz cerai di luar mahkamah yang dibuat anak guamnya.

Kata Azmi, Syamsul atau nama penuhnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, juga tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.

Selain itu, Azmi turut mengulas mengenai perg0lakan rumah tangga memb@bitkan pasangan itu, dimana dia memberitahu, pihaknya tidak mengetahui tempoh mereka tiada persefahaman.

"Saya tak tahu. Cuma kami memfailkan k£s ini pada 19 Ogos lalu," tutur Azmi yang ditemui pada pros1ding k£s perceraian Syamsul dan isterinya, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menetapkan 25 September sebagai tarikh sebutan semula k£s perceraian Syamsul dan Ira.

Syamsul menfailkan cerai terhadap Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, pada 19 Ogos lalu kerana dikatakan tidak lagi mempunyai persefahaman.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: