21 August 2024
"DIA (SYAMSUL YUSOF) ADA KATA SEBAGAI MANUSIA TAK LEPAS DARIPADA BUAT KESIL4PAN... DIA MASIH SAYANGKAN KELUARGANYA" - SALINA SAIBI
"Dia (Syamsul Yusof) selalu cakap dengan saya jangan ris@u, dia okay. Dia ada kata sebagai manusia tak lepas daripada buat kesil@pan. Dia masih sayangkan keluarganya. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Syamsul."
Itulah jelas Salina Saibi dimana pelakon itu mendedahkan, dia masih berkomunikasi dengan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof yang juga sahabatnya itu menerusi mesej, meskipun sudah lama tidak bertemu.
Kata Salina, Syamsul memaklumkan, dia dalam keadaan baik dan tidak perlu ris@u serta memberitahu dia masih sayangkan keluarganya.
Dalam pada itu, berhubung isu Syamsul menfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar pula, ulas Salina, dia terk£jut dan sedih mendengar berita kem£lut rumah tangga Syamsul serta mendoakan agar dipermudahkan urusannya.
"Kami dah bersahabat sejak filem 'Bohsia' lagi. Suk@r nak gambarkan apa perasaan saya selepas mendengar berita tentang Syamsul.
"Saya hanya berharap urusan dia dipermudah, mungkin ada hikmah tersembunyi, Allah saja yang tahu. Apabila berlaku perkara begini (perceraian) dalam hidup dia, sebagai kawan sudah tentu saya terasa," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment