22 August 2024

SYADA AKUI MASIH BERHUBUNG DENGAN KAKAK, SHILA AMZAH : "PERASAAN RINDU ITU SENTIASA ADA... SEBAB DAR4H DAGING KAN"



Penyanyi Syada Amzah, 26, baru-baru ini ada memuat naik hantaran di Instagram mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran untuk kakaknya yang juga penyanyi, Shila Amzah.
Berhubung hantaran tersebut, Syada berkata, perasaan rindu ini sentiasa ada memandangkan mereka adalah adik-beradik dan dia juga masih berhubung dengan kakaknya itu.

"Kami semua rindukannya. Perasaan rindu itu sentiasa ada. Kemudian kalau masuk ke kereta semula, pun dah rindu balik sebab dar@h daging kan.

"Sebenarnya, ucapan video itu tak ada makna apa-apapun. Ia bukan untuk orang luar pun sepatutnya untuk dijadikan apa-apa isu.

"Saya rasa, saya ucapkan kepada kakak saya sendiri. Pada masa sama, saya tunjukkan penghargaan dan tak ada maksud lain sama sekali.

"Banyaklah video dia dalam telefon saya, bahkan video orang lain pun banyak. Memang saya suka buat video begitu setiap kali sambutan hari jadi orang.

"Bezanya, saya tak muat naik ke Instagram, tapi saya hantar terus kepada orang yang saya ucap.

"Ada respon (daripada Shila) dan kami memang bermesej. Jadi, hantaran itu macam hadiah kedua selepas mesej ucapan yang saya hantar ke WhatsApp. Tak ada mas@lah," katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai hubungan mereka selepas heb0h kisah pertelingk@han dalam keluarga, Syada menjelaskan, ia adalah pertelingk@han antara adik-beradik dan perkara itu normal sahaja.

"Nak kata berg@duh pun, kami tidak bercak@ran. Ia adalah hubungan normal adik-beradik, kira macam hari ini tak bercakap, esok dah sayang-sayang.

"Nak kata dari awal berg@duh pun, tak ada dan sekarang, kami menjalani hubungan normal seperti mana sejak kami kecil. 'H@te love relationship'. Dengan abang saya, Syahir pun sama juga.

"Kali terakhir berjumpa, pada majlis perkahwinannya. Jadi, belum berkesempatan nak berjumpa anak buah baharu. Jadual kami selalu tak kena untuk berjumpa," tuturnya.

Selain itu, Syada turut menafikan dakwaan dia memuat naik video itu kerana ingin berbaik dengan kakaknya kerana kewangannya yang semakin mer0sot.

Kata Syada atau nama sebenarnya, Nursyuhada Amir Amzah, itu hanyalah sp£kulasi yang tidak tepat.

"Dakwaan atau kata-kata hanya sekadar kata-kata kepada saya sebab apa yang mereka cakap pun, sampai sekarang tak ada yang boleh datang tunjukkan bukti. Itu hanya sp£kulasi. Saya tak boleh kawal benda itu.

"Jujurnya, saya tak masukkan dalam kepala saya pun sebab itu bukan masalah saya. Bahkan, kalau saya sedang tidur pun, orang akan tetap bercakap sebab itu yang mereka nak buat.

"Secara langsung tak ada sebab saya rasa, orang pun dah 'move on'. Kita pun dah di tahun baharu dan dah hampir setahun isu itu. Kebanyakan orang yang dekat dengan saya tahu ada benda lain mereka perlu fokus," ujarnya.

Disamping itu, ditanya pula mengenai hubungan Shila dengan ibu mereka iaitu Fauziah Sarman, Syada memberitahu, mereka juga saling berhubung.

"Kakak dan mak masih berhubung. Tapi, saya bukan jenis yang nak ambil tahu apa mesej mereka atau sebab apa kerana itu antara ibu dan anak. Saya tak nak menyibuk," jelasnya.

Tahun lalu, industri seni tanah air dikejutkan dengan 'p£rang dingin' dalam keluarga Datuk ND Lala yang juga memb@bitkan anak-anaknya serta isteri.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: