22 August 2024

PERMOHONAN PERCERAIAN YANG DIFAILKAN SYAMSUL YUSOF AKAN DIDENGAR DI MAHKAMAH SELASA DEPAN



Umum sedia maklum mengenai rumah tangga pengarah dan pelakon sens@si, Syamsul Yusof, 40, dan isterinya, Ira Kazar, selepas Syamsul menfailkan perceraian terhadap isterinya itu baru-baru ini.
Difahamkan, permohonan perceraian tersebut akan didengar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, Selasa depan.

Perkara itu dimaklumkan peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul berhubung perkembangan terkini k£s perceraian pasangan yang baru lebih setahun mendirikan rumah tangga itu.

"Ia memb@bitkan tuntutan perceraian dengan kebenaran mahkamah di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS)," katanya.

Sebelum ini, Syamsul dilaporkan sudah memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, Isnin lalu.

Kata Azmi, perceraian itu difailkan Syamsul atas alasan sudah tiada persefahaman untuk hidup bersama dengan Ira walaupun usia perkahwinan mereka masih 'hijau'.

Terdahulu, Syamsul dan Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi, bernikah di Selatan Thailand pada 6 Januari tahun lalu.

Berita pernikahan mereka di negara jiran berkenaan disahkan Syamsul sendiri menerusi sebuah hantaran video yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya pada Januari tahun lalu juga.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah, 39, yang juga isteri pertama Syamsul ketika itu n£kad memfailkan perceraian dan mereka akhirnya sah bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: