22 August 2024

BERPANTANG DI KUALA LUMPUR - AYU RAUDHAH TERPAKSA PULANG KE SEREMBAN SELEPAS DUA PEMBANTU RUMAH L4RIKAN DIRI



Petang semalam, dua pembantu rumah warga Indonesia pelakon Ayu Raudhah telah mel@rikan diri dari kediamannya di Seremban.
Berhubung perkara itu, Ayu ketika dihubungi memberitahu, dia yang kini menjalani tempoh berpantang di rumah kakaknya yang juga pelakon, Rozita Che Wan di Kuala Lumpur, terpaksa pulang untuk memastikan tiada sebarang kecur1an.

"Kedua-dua pembantu rumah masih baru. Seorang belum sampai sebulan bekerja, manakala lagi seorang kurang empat bulan bekerja dengan saya.

"Saya akan pulang ke Seremban untuk memastikan tiada barang berharga yang hilang. Hanya saya seorang saja yang tahu kedudukan barang itu.

"Harapnya tiada barang yang dicur1 mereka. Ada pembantu pun 'str£ss', ini kan pula mereka tiada. Sudahlah saya sekarang tengah berpantang anak ketujuh," tuturnya.

Menurut Ayu lagi, suaminya yang juga bekas kapten Harimau Malaya iaitu Zaquan Adha Abdul Radzak, akan membuat laporan polis mengenai perkara itu.

"Saya cuba menghubungi kedua-dua pembantu rumah tapi sal@h seorang sudah pun meny£kat nombor telefon saya manakala seorang lagi menutup telefon.

"Mereka buat kerja secara tersusun. Mereka mel@rikan diri ketika tiada orang di rumah," katanya.

Terdahulu, Rozita atau mesra disapa Che Ta, memuat naik satu hantaran dan meminta orang ramai yang terser£mpak dengan dua pembantu rumah itu untuk menghubunginya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: