22 August 2024
TAK KENAL SIAPA DATUK H - ADIRA TERIMA JIKA ADA JODOH SEMULA DENGAN DATUK RED
"Saya tak kenal siapa Datuk H itu dan saya pun tak k£jar sesiapa yang berstatus Datuk untuk menjadi pasangan. Malah, Datuk H itu pun sebenarnya tidak wujud.
"Saya cakap betul ni, tak nak t1pu-t1pu sebab dah makin berusia sekarang. Saya sendiri terk£jut juga apabila ada yang mengaitkan nama Datuk H itu dengan saya. Saya juga tidak tahu sumber (dakwaan) itu datang dari mana."
Demikian jelas penyanyi Adira Suhaimi, 32, yang berkata, dia tidak mengenali identiti individu bergelar Datuk H yang dikaitkan dengannya oleh segelintir netizen di media sosial, baru-baru ini.
Ujar Adira, dia terk£jut dengan dakwaan itu kerana tidak pernah menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki lagi sejak bercerai dengan Datuk Red pada 24 April lalu.
Disamping itu, ibu kepada empat cahaya mata ini juga memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya dan Datuk Red yang kini difahamkan menjalin percintaan semula selepas bercerai.
Akui Adira, dia tidak menolak sekiranya berkahwin semula dengan Datuk Red yang kini mesra disapanya sebagai Abang Red pada masa depan.
Menurut penyanyi lagu 'Ombak Rindu' ini lagi, Datuk Red juga tahu mengenai namanya yang dikaitkan dengan Datuk H itu walaupun secara peribadi dia tidak bertanya, namun tetap tahu dakwaan berkenaan.
"Dia percaya dengan saya. Apapun, saya tidak mahu komen lebih-lebih dan mohon doa yang baik-baik untuk kami bersama semula. Sekarang kita yakin dan Insya-Allah.
"Kita juga kini mencuba kalau ada jodoh untuk bersama semula. Tetapi jika tiada jodoh, saya tetap akan meneruskan kehidupan seperti biasa dan akan terus berbaik-baik dengan Abang Red demi anak-anak," tuturnya.
Baru-baru ini, segelintir netizen mendakwa Adira sedang dalam fasa mengenali seorang lelaki dikenali sebagai Datuk H dan ia menimbulkan tanda tanya ramai di media sosial.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment