22 August 2024
DAKWAAN ERNIE ZAKRI HAMIL ANAK KEDUA - SYAMEL TIDAK MENGIYAKAN ATAU MENIDAKKAN
"Kalau ada rezeki anak kedua, kami tidak pernah menidakkan atau menolak. Cuma, buat masa sekarang ini saya gembira dan Ernie pun gembira tengok saya bekerja, begitu juga dia pun bekerja.
"Jadi, sebelum Ernie berehat untuk sembilan bulan, saya juga gembira tengok dia bekerja dan biarlah kami berdua bekerja, termasuk Khawla pun tengah bekerja.
"Disebabkan itu, saya tidak menidakkan semua itu (dakwaan hamil). Tapi, buat masa sekarang Ernie pun tengah 'all out' bersenam, jadi tak naklah saya bunvh semangat dia."
Itulah kata penyanyi Syamel, 31, dimana dia tidak mengiyakan atau menidakkan dakwaan isterinya yang juga penyanyi, Ernie Zakri, 32, kini hamil anak kedua yang masih dibiarkan menjadi teka-teki.
Mengakui tidak menolak rezeki anak, Syamel berkata, dia tidak mahu memberi sebarang komen sekarang kerana zuriat adalah rezeki daripada Allah dan kini mahu fokus pada kerjaya seninya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment