25 August 2024

ENGGAN LETAK HARAPAN TINGGI UNTUK SYAMSUL PULANG - YUSOF HASLAM AKUI KASIH SAYANGNYA KEPADA ANAKNYA TIDAK PERNAH BERUBAH



"Terserah kepada dia (Syamsul) sajalah, cerita pun dah lama, lima tahun. Saya nak terus cakap benda ini berkali-kali pun, pada saya tidak manis untuk ulang benda sama banyak kali.
"Kita pun sebagai orang tua bukan peng£mis kepada anak sendiri. Tetapi, kasih sayang kami sebagai ibu bapa kepadanya (Syamsul) tidak pernah berubah dan berbelah bahagi. Pada saya, dia tahu di mana tempat dia dan dia juga tahu di mana hendak balik."

Demikian ujar pengarah, penerbit dan pelakon, Datuk Yusof Haslam, 70, yang menyifatkan tempoh lima tahun anaknya yang juga pengarah sens@si, Syamsul Yusof, 40, tidak pulang ke pangkuan keluarga adalah cerita lama.

Kata Yusof atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Md Haslam Khan, dia juga tidak meletakkan harapan tinggi untuk Syamsul pulang, sebaliknya menyerahkan keputusan 100 peratus kepada anaknya itu.

Dalam pada itu, pengarah filem 'Maria Mariana' ini turut memberitahu, dia juga sudah buntu untuk menasihati Syamsul kerana berasakan anaknya itu adalah lelaki dewasa dan matang dalam membuat keputusan untuk kehidupannya.

Terdahulu, Yusof dalam temubual bersama media, pernah memaklumkan, dia sekeluarga sudah lama terputus hubungan dengan Syamsul, selain tidak mengetahui perkembangan terkini sutradara filem 'Mun@fik' itu.

Nama Yusof sebelum ini menjadi perhatian ramai selepas Syamsul memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 19 Ogos lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: