26 August 2024
GELARAN DATUK REMY ISHAK KENA P£RLI, DIP£RTIKAIKAN - PENGURUS TAMPIL BERSUARA
Semua sedia maklum mengenai pelakon Remy Ishak yang baru-baru ini telah dianugerahkan gelaran Datuk daripada Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Rustam dan Kerajaan Negeri Melaka.
Bagaimanapun, gelaran yang diterima Remy itu telah dip£rtikaikan ramai yang turut memerli, malah ada juga yang mendakwa penganugerahan Datuk ini disebabkan pelakon itu membawakan watak Hang Tuah di sebuah pementasan teater di Melaka tahun lalu.
Berhubung perkara tersebut, pengurus kepada Remy iaitu Azlin Abad tampil menolak dakwaan berkenaan, selain berkata, gelaran yang diberikan kepada pelakon itu adalah kerana dia sudah bekerja k£ras sebagai anak seni sejak 20 tahun lalu.
Klik untuk gambar besar
"Saya rasa hanya kebetulan sahaja Remy pernah menjayakan watak Hang Tuah dalam sebuah pementasan teater di Melaka Julai tahun lalu.
"Itu bukan satu-satunya sebab mengapa dia diberikan penganugerahan. Remy anak jati Melaka dan penganugerahan ini daripada Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Rustam dan Kerajaan Negeri Melaka.
"Ada yang kata Remy tak layak dan apa sumbangan dia dan sebagainya. Kalau tanya kami, memang tiada jawapan dan mungkin boleh tanya pihak yang memberikan penganugerahan tersebut," tuturnya.
Jelas Azlin lagi, Remy sudah lama berkecimpung dalam industri seni tanah air dan sumbangannya adalah lebih tertumpu kepada cabang seni kreatif, serta ada sumbangannya yang ditidak didendang.
"Saya sedia maklum ramai yang p£rli, memp£rtikai dan mensens@sikan isu Remy diianugerahkan gelaran Datuk. Rezeki sudah tertulis buatnya dan kita teruskan sahaja kehidupan seperti biasa.
"Mungkin orang hanya nampak Remy sebagai seorang pelakon dan ada kejayaan yang diraihnya di luar bidang seni tidak didendang kepada umum. Kita doakan sahaja yang baik-baik dan lihat apa yang diraih (Remy) dari sudut yang p0sitif," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment