15 August 2024
HAMIL ANAK KELIMA - ALMY NADIA DIJANGKA BERSALIN OKTOBER DEPAN
"Alhamdulillah, saya dapat tahu hamil kira-kira dua bulan selepas kami kembali dari umrah. Saya juga al@mi al@han yang t£ruk ketika awal kehamilan hingga terpaksa keluar masuk hospital kerana tak boleh makan dan minum sebelum ini.
"Sebenarnya, kami tak rancang untuk dapat anak kelima pun kerana saya sedang diet dan mahu menguruskan badan. Namun, kami terima dan bersyukur dengan rezeki dari Allah ini kerana Fizz memang mahukan anak yang ramai serta keluarga besar."
Itulah jelas pelakon Datin Almy Nadia dimana dia dan suaminya yang juga pelakon, Datuk Fizz Fairuz bakal menimang cahaya mata kelima tidak lama lagi.
Almy yang dijangka bersalin pada Oktober depan itu berkata, dia dan suami meluahkan rasa syukur dengan rezeki diberikan selepas pulang dari menunaikan ibadah umrah pada Disember tahun lalu.
Ujar Almy, usia kandungannya kini sudah mencecah lapan bulan, selain memberitahu, dia tidak mahu berharap mendapat anak lelaki kerana bimb@ng akan kec£wa dan hanya menyerahkan kepada Allah.
"Saya tidak buat pemeriksaan jantina bayi. Saya reda dan akan terima apa saja rezeki yang Allah nak bagi kerana yang penting bayi yang dilahirkan nanti dalam keadaan sihat, cukup sifat dan sempurna," tuturnya.
Dalam pada itu, ditanya mengapa memilih untuk merahsiakan kehamilan, Almy berkata, ramai yang tidak tahu dia hamil kerana berat badannya juga turun dari 120 kilogram (kg) kepada 95 kg kerana amalkan diet.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment