12 August 2024
IMPI NAK KAHWIN TAHUN DEPAN - LEONA AKUI SUKA ORANG YANG MATANG, LEBIH TUA & GIGI TERATUR : "SAYA MEMANG NAK JADI IBU DI USIA MUDA SEBAB SAYA SANGAT SUKAKAN KANAK-KANAK"
"Saya merancang untuk kahwin tahun depan, memang saya tiada calon lagi tetapi itu merupakan impian saya, harapnya perkara itu tercapai.
"Tahu saya masih muda tetapi saya memang nak jadi ibu di usia muda sebab saya sangat sukakan kanak-kanak. Semuanya hanya harapan, kalau ada jodoh, jangan terk£jut kalau saya kahwin tahun hadapan."
Demikian kata pemp£ngaruh media sosial, Kasih Iris Leona yang memberitahu, dia mahu untuk menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan dan mahu menjadi ibu di usia muda.
Namun begitu, jelas Leona, dia masih belum mempunyai kekasih hati dan meminta orang ramai tidak terk£jut jika benar dia berkahwin pada tahun hadapan.
Dalam pada itu, akui Leona, standardnya tinggi dan agak suk@r untuk bertemu lelaki yang menepati cita rasanya. Tambahnya, dia tidak kisah mengenai soal rupa kerana personaliti lagi penting baginya.
"Jujurnya saya memang tiada calon langsung, memang saya cakap mahu kahwin tahun depan tetapi saya sibuk dengan kerjaya dan mencari wang sehingga tiada masa mencari cinta mahupun keluar 'dating'.
"Sebenarnya susah juga mahu cari teman hidup sebab standard saya sangat tinggi dan kebanyakannya tidak mencapai piaw@ian itu. Setakat ini tiada siapa mampu 'imp£ss' saya.
"Saya suka orang yang matang dan lebih tua daripada saya, gigi kena teratur tidak boleh berterabur. Soal rupa saya tidak kisah sebab kebanyakan bekas teman lelaki saya pun bukanlah kacak sangat. Personaliti lagi penting bagi saya," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment