11 August 2024

IMPIAN JADI MUTAWIF - ILYA SENARIO JELAS DIA MASIH MAHU TERB4BIT DALAM DUNIA SENI, TAK PERNAH TERFIKIR NAK TINGGALKAN



"Memang betul saya kini mengejar impian menjadi mutawif, tetapi tidak pernah juga saya memutuskan untuk meninggalkan dunia lawak ini. Saya masih lagi mahu terb@bit dalam karier seni.
"Sebenarnya, saya pun tak tahu mana datang sil@pnya. Setahu saya, tak pernah pun saya kata nak mengundurkan diri dalam dunia hiburan. Tapi, saya hanya kata bersedia untuk undur diri sebab kita sebagai artis ini ada penghujungnya.

"Saya cuma tak mahulah 'penghujung' saya nanti terkapai-kapai seperti apa yang pernah terjadi kepada pelawak-pelawak lain sebelum ini. Bila dah tiada 'job' (kerja) kita terpaksa mohon bantuan daripada orang lain, tapi permohonan itu selalu mengec£wakan.

"Memang saya tak mahu jadi macam itu (minta tawaran kerja) dan kawan-kawan saya pun. Ia buat kami mahu bersedia dan Insya-Allah bila kita buat baik pada manusia, Allah bagi bal@san yang baik juga."

Demikian ujar pelawak, pelakon dan penyanyi, Ilya Senario atau mesra disapa Pak Ya, 57, dimana dia menjelaskan berlaku sal@h faham dalam kenyataannya mengenai luahan hasrat yang mahu bertukar karier dari anak seni menjadi seorang mutawif, baru-baru ini.

Kata Ilya atau nama sebenarnya, Ilya Buang Shaharum, impian dia mahu jadi mutawif itu betul, namun tidaklah sampai membuat keputusan akan meninggalkan kerjaya dalam bidang seni juga.

Dalam pada itu, jelas Ilya lagi, hasrat murni itu terbit di hatinya apabila ada keinginan menunaikan haji dan secara tidak langsung mendorong dirinya mahu menjadi mutawif.

"Hasrat nak jadi mutawif ini sudah lama dan saya pun pernah jumpa Shamshul Ghau Ghau. Jadi, dia ada beri nasihat sedikit dan Alhamdulillah ada rezeki saya kena buat rayuan untuk menunaikan haji dulu.

"Tapi, buat masa ini saya juga masih menjalani kursus selama tiga bulan sebagai persediaan sebelum jadi mutawif dan Insya-Allah saya akan berangkat ke Makkah sebagai pengiring jemaah umrah dahulu pada Disember depan," tutur Ilya yang turut terb@bit dengan kumpulan Sepahtu sebelum ini.

Disamping itu, Ilya yang akan tamat kursus mutawif pada Oktober nanti itu memberitahu, dia akan berangkat ke Tanah Suci bersama Tabung Haji (TH) Travel selama 12 hari dan mengakui tawaran menjadi mutawif itu tidak mudah dengan meletakkan syarat yang ketat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: