08 August 2024

"KAMI MEMANG TAK ADA APA-APA ISU SEBAB MASING-MASING PUN SIBUK KAN... KAMI OKAY SAHAJA" - FATTAH AMIN T£GAS RUMAH TANGGANYA DENGAN FAZURA TIADA MAS4LAH



Baru-baru ini, rumah tangga pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura telah didakwa berdepan mas@lah apabila Fattah dilihat jarang meninggalkan komen dan 'like' di hantaran-hantaran Fazura di Instagram.
Berhubung dakwaan itu, Fattah men£gaskan rumah tangganya dengan isteri tidak berdepan sebarang mas@lah seperti yang dig£mbar-g£mburkan.

"Kami memang tak ada apa-apa isu sebab masing-masing pun sibuk kan. Kami okay sahaja. Saya rasa, isu ini berpunca daripada tak 'like' dan tak komen.

"Itulah, kadang-kadang bila dah sibuk dengan urusan kerja, takkan setiap hantaran itu kita nak 'like' dan komen.

"Kalau ada masa memang saya 'like'," jelas Fattah yang juga faham bahawa persoalan ini timbul kerana peminat mengambil berat.

"Kami faham sebab peminat mengambil berat. Terima kasih kepada semua yang ambil berat dan bertanya," katanya.

Terdahulu, Fazura memaklumkan, dia memilih untuk mengehadkan hantaran berkaitan keluarga dan kebahagiaan di media s0sial kerana terk£san dengan apa yang berlaku di Pal£stin.

Dalam perkembangan lain, Fattah kini membintangi drama bersiri 'Lelaki Melayu Terakhir' yang mula ditayangkan di slot Samarinda TV3, bermula 5 Ogos lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: