09 August 2024

LAR4NG KELUARGA ALIFF AZIZ BERHUBUNG DENGAN ANAK-ANAK - BELLA ASTILLAH AKUI ADA SEBAB, TIADA NIAT UNTUK MEMUTUSKAN SILATURAHIM



Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menjelaskan, dia tiada niat untuk memutuskan silaturahim antara anak-anak dengan keluarga bekas suaminya, Aliff Aziz, namun sedang menunggu masa sesuai.
Kata Bella, dia ada sebab mengapa tidak membenarkan keluarga pihak sana berhubung dengan kedua-dua anaknya, selain memberitahu, dia bukan mahu meny£kat, namun ada insid£n yang membuatkan dia bebuat demikian.

"Buat masa ini nak kena sejukkan hati keluarga masing-masing, banyak benda perlu lalui terutama apa yang ibu dan bapa saya rasa.

"Sebenarnya pihak saya (bekas mentua) tahu apa isunya dan tak perlu saya ungkap lebih lanjut. Ia makan masa tapi slowly but surely, cuma bukan dalam masa terdekat," ujarnya.

Dalam pada itu, Bella turut berkongsikan, ada insid£n berlaku ketika membuat panggilan video pada hari raya lalu dan perkara itu membuatkan dia tidak mahu anak sulungnya, Mohamad Ayden Adrean k£liru.

"Saya bukan nak lar@ng cuma tak nak Ayden jadi k£liru. Pernah masa hari raya ada buat panggilan video bersama pihak sana tapi mereka cakap kasihan lihat wajah Ayden seperti tert£kan dan ris@u, mesti dia ris@ukan daddy dia.

"Sebenarnya tak pun, jadi ayat-ayat macam tu yang buatkan anak-anak k£liru. Semenjak kejadian itu saya memang t@pis," tuturnya.

Selain itu, kata Bella lagi, sejak bercerai pada Jun lalu, keluarga Aliff juga tidak ada menghubunginya untuk bertanya mengenai soal anak-anak.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: