10 August 2024

UQASHA SENROSE AKUI BELUM SEDIA BERJAUHAN DENGAN ANAK, KEUTAMAAN PADA UQAIRA : "BIARLAH MUKA MAK DIA MACAM Z0MBI YANG PENTING ANAK KENA SENTIASA WANGI"



"Kehidupan saya berubah 360 darjah selepas ada anak. Saya sudah tidak kisah langsung tentang penampilan diri. Biarlah muka mak dia macam z0mbi yang penting anak kena sentiasa wangi. Keutamaan saya memang pada anak 100 peratus."
Itulah ujar pelakon Uqasha Senrose, dimana dia berkata, baru kini dia faham bagaimana perasaan menjadi seorang ibu, selepas tiga bulan melahirkan cahaya mata sulung.

Malah, kata Uqasha, dia juga tidak kisah mengenai soal penampilan diri selepas bergelar ibu kerana semuanya tentang anak perempuannya, Hawra Uqaira.

Dalam pada itu, tutur Uqasha lagi, dia belum bersedia untuk berjauhan dengan anaknya walaupun sekejap dan disebabkan itu, dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon kerana tidak mahu asyik teringat akan anaknya.

"Saya masih belum boleh berenggang dengan Uqaira buat masa ini. Perkara ini masih baru untuk saya. Ini kali pertama saya bergelar ibu.

"Tak mungkin dalam masa tiga bulan saya dah tahu untuk menguruskan segala-galanya. Setiap hari adalah proses pembelajaran untuk saya.

"Memang ada tawaran lakonan seperti drama bersiri daripada Radius One. Tetapi saya terpaksa tolak kerana tidak mahu asyik terfikir tentang anak bila di set penggambaran.

"Ini saya nak tinggalkan dia nak tengok wayang pun dah rasa sedih walaupun dua jam sahaja," katanya.

Untuk makluman, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan pelakon Kamal Adli pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, pasangan itu dikurniakan anak sulung, Hawra Uqaira yang dilahirkan pada 27 April lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: