13 August 2024
MENGAKU MINTA CERAI - FARA SALLEH JELAS DIA TAK TAHAN PERANGAI SHUK SAHAR
"Tentang perkongsian itu, saya mengaku saya minta (cerai) sebab dah terlalu penat. Semuanya sebab kawan-kawan, persahabatan mereka ini terlalu kuat sampai suka cerita buruk pasangan masing-masing dalam group.
"Nama saya ini kalau tak buruk sebab mulut orang jauh, buruk sebab mulut orang paling dekat," ujar isteri kepada pelawak Shuk Sahar , Fara Salleh susulan perkongsiannya yang berkongsikan mas@lah rumah tangganya di media sosial, dimana ia hangat diperkatakan.
Akui Fara, dia ada meminta cerai daripada Shuk kerana sudah penat melayan kerenah pelawak itu, selain berkata, dia juga sudah hilang sabar dengan perangai suaminya itu yang sering bercerita mengenai keburukannya sebagai isteri kepada kenalan rapat
Jelas Fara lagi, dia pernah berbincang dengan Shuk untuk mencari jalan penyelesaian, namun suaminya itu tidak pernah berubah.
"Saya pernah ajak berbincang tapi tiada kesudahan, berubah tapi sekejap saja. Mungkin dulu saya sibuk kerja, ada kawan.
"Bila dah kahwin ni kena buang semuanya, ment@l kita jadi bvrn 0ut pun juga lebih-lebih lagi sekarang kena fokus untuk suami saja," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment