21 August 2024

"MOHON ALLAH BERI YANG TERBAIK UNTUK ANAK SAYA" - PATIMAH NAFI DIA BERDOA SYAMSUL YUSOF & IRA KAZAR BERCERAI



"Saya tidak pernah berdoa agar mereka (Syamsul Yusof & Ira Kazar) bercerai, cuma mohon Allah beri yang terbaik untuk anak saya."
Demikian jelas ibu kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail, dimana dia tidak pernah berdoa agar Syamsul dan isterinya itu bercerai, sebaliknya memohon Allah beri yang terbaik buat anaknya.

Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai Syamsul Yusof yang sudah memfailkan cerai terhadap Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Sebelum ini, dalam satu temu bual, isteri kepada penerbit, pengarah dan pelakon Yusof Haslam itu dikatakan bersyukur seandainya berita perceraian itu benar.

Menerusi artikel itu juga, Patimah turut berharap anaknya itu kembali ke jalan yang benar, selain berkata, dia sudah pun memaafkan keluarga Ira atas apa yang berlaku, apatah lagi rumah tangga menantunya itu sudah pun h@ncur.

"Namun, nasi sudah jadi bubur dan rumah-tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul h@ncur, anak-anak jadi m@ngsa," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: