21 August 2024
URUSAN SYAMSUL YUSOF - PUTERI SARAH ENGGAN MASUK CAMPUR, TIDAK MAHU K£RUHKAN KEADAAN
"Saya sedar ramai yang mahu saya bersuara mengenai perkara ini sejak semalam, tapi saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan jawapan yang anda inginkan.
"Saya tidak mahu kenyataan saya memberi impak neg@tif atas kesul1tan orang lain. Saya percaya apa saja keputusan yang dibuat Syamsul adalah atas kerelaan hatinya dan tiada paksaan daripada sesiapa."
Itulah ujar pelakon Puteri Sarah yang berkata, dia enggan masuk campur urusan rumah tangga bekas suaminya itu yang dilaporkan sudah memfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar.
Jelas Puteri Sarah lagi, dia tidak mahu meng£ruhkan keadaan dengan kenyataan yang diberikan, namun dia percaya keputusan dibuat oleh bekas suaminya itu tiada paksaan dari mana-mana pihak.
Selain itu, Puteri Sarah berkata, dia bahagia menjalani kehidupannya sekarang dan fokus utamanya kini adalah anak-anak.
"Saya bahagia dengan cara saya sendiri. Saya tiada masa nak fikir mengenai masalah orang lain kerana fokus saya adalah pada anak-anak," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment