17 August 2024
"MOHON MAAF JIKA PAKAIAN SAYA TERLALU BERLEBIHAN" - EYKA FARHANA KATA MANUSIA KALAU NAK BERUBAH TAK SEMESTINYA BERLAKU BILA BALIK UMRAH
"Jujurnya, soal penampilan atau perubahan diri terlalu peribadi untuk diperkatakan. Saya faham pengikut mengharapkan perubahan bila saya pulang mengerjakan umrah seperti memakai tudung dan sebagainya.
"Tapi, mungkin perkara itu belum lagi buat saya. Saya juga mohon maaf jika pakaian saya terlalu berlebihan."
Itulah kata pelakon Eyka Farhana yang memohon maaf jika pakaiannya keterlaluan dan dia masih belum bersedia untuk membuat perubahan dari segi penampilannya seperti yang diharapkan.
Ujar Eyka, dia tetap menghargai setiap t£guran diberikan selepas penampilannya yang s£ksi sebaik saja pulang dari mengerjakan ibadah umrah itu menerima krit1kan dan dic@ci oleh netizen.
Dalam pada itu, Eyka berpendapat, mungkin orang ramai yang sering bercakap tentang dirinya kerana ambil berat dan dia juga berharap agar dapat perbaiki menjadi lebih baik.
"Insya-Allah, manalah tahu saya akan berubah suatu hari nanti. Manusia kalau nak berubah tak semestinya berlaku bila balik umrah sahaja.
"Dekat Malaysia pun boleh berubah jika diizinkan. Mungkin orang selalu bercakap soal saya sebab mereka sayang dan ambil berat.
"Saya sangat memahami niat mereka dan tak pernah salahkan mereka. Cuma apa yang boleh saya katakan, moga saya akan berubah dan dapat memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik," tuturnya.
Disamping itu, berkongsi pengalaman mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini, Eyka berkata, dia dapat merasakan ketenangan yang tidak pernah dirasai ketika berada di Tanah Suci.
"Masa mula-mula nak pergi umrah, perasaan teruja silih ganti. Teruja kerana ini kali pertama saya diundang menjadi tetamu Allah.
"Perasaan bimb@ng pula selepas menyedari kekhil@fan yang saya lakukan selama ini. Sebagai manusia, kita tak lepas dari melakukan d0sa.
"Bahkan setiap kali beribadat, terasa seperti Allah begitu dekat dengan diri ini. Situasi itulah yang membuatkan hati tersentu," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment