25 August 2024
PERKONGSIAN ABBY ABADI JADI PERHATIAN - MARISSA DANIA : "TAK NAK REPLY WHATSAPP SAYA KE MAMA?"
Pelakon Abby Abadi baru-baru ini telah memuat naik perkongsian mengenai peranan ibu di Instagram dimana ia menjadi perhatian ramai.
Dalam perkongsian itu, Abby berkata, sebagai ibu tidak perlu berusaha untuk menjadi Mama yang sempurna, sebaliknya berusahalah untuk menjadi Mama yang bahagia.
Ujar Abby lagi, seseorang ibu itu perlu war@s untuk menguruskan rumah tangga dan hal-hal lain.
"Tak perlu berusaha menjadi mama yang sempurna. Tapi, berusahalah menjadi mama yang bahagia. Kerana kita harus waras.
Klik untuk gambar besar
"War@s untuk menguruskan rumah tangga, suami, anak-anak dan hal-hal yang lainnya," tulis Abby yang berkata, jika sedih, menangislah kerana kita juga manusia.
"Kalau rasa sedih menangislah sepuasnya. Kalau rasa penat ambil masa berehat kerana kita juga manusia.
Meninjau diruangan komen, netizen menulis pelbagai komen dan menitipkan nasihat kepada anak Abby dan Norman Hakim Marissa Dania yang baru sahaja kehilangan cahaya mata pertama.
Apa yang menjadi perhatian, Marissa dilihat ada meninggalkan komen bertanyakan kepada ibunya yang enggan membal@s mesejnya.
Sebelum ini, Marissa yang difahamkan sedang hamil enam bulan itu dikejarkan ke hospital selepas mengadu s@kit perut, namun bayinya dilaporkan meninggal dunia ketika dilahirkan.
Bagaimanapun, jelas Abby, dia tidak tahu berita mengenai anak perempuan itu yang dilaporkan sudah bersalin bayi pra matang.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment