30 August 2024
PUTERI SARAH TERIMA PERMOHONAN MAAF DARIPADA BEKAS KAKAK IPAR IRA KAZAR
Bekas kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan telah membuat permohonan maaf kepada pelakon Puteri Sarah, dimana ia dibuat secara terbuka di hadapan Hakim Yasmin Abdul Razak seperti yang sudah dipersetujui kedua belah pihak, di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, kata peguam mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abd Kadir, perbicaraan k£s sam@n tidak diteruskan selepas perbincangan antara kedua belah pihak untuk diselesaikan secara baik di luar mahkamah.
Menurut Akberdin lagi, apa yang paling penting adalah defendan mendapat pengajaran, meny£sal dan tahu sudah membuat sal@h serta menarik semua dakwaan yang pernah dibuatnya sebelum ini.
"Kita terima tawaran mereka (peguam defendan) untuk selesai secara baik sebab dia (Wiwi Darvinda) ada rasa k£sal dan anak guam saya pun okay saja walaupun ganti rvgi yang kita minta tidak diteruskan.
"K£s pun sudah diselesaikan secara baik. Kalau bicara dan seterusnya, memang kita tuntutlah. Tapi, dia (Wiwi Darvinda) pun dah insaf dan sedia nak tarik balik semua dakwaan pernah dibuatnya sebelum ini.
"Malah, dia juga akan muat naik draf permohonan maaf yang kita sudah sediakan itu di Instagram miliknya (Wiwi Darvinda) selama tujuh hari bermula hari ini. Kita pun setuju dan boleh 'move on'," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment