04 August 2024
RAHSIAKAN KEPUTUSAN SPM - JAMAL ABDILLAH P£LIK DENGAN ZAKI YAMANI
"Saya sendiri tak tahu kenapa Zaki nak rahsiakan keputusan peperiksaannya. Saya sudah hantar mesej menerusi WhatsApp dan minta abangnya, Osama Yamani untuk menghubungi adiknya itu, tapi tetap tak nak beritahu.
"Sebagai bapa saya faham, dia mengikuti pelajaran secara dalam talian dan bukannya pergi ke sekolah.
"Jadi, untuk lulus dengan cemerlang mungkin agak suk@r. Tapi, saya bersikap terbuka, kalau betul keputusannya kurang memuaskan, dia boleh kembali belajar.
"Lagipun, Zaki masih muda dan peluang masih terbuka luas," ujar penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah yang tertanya-tanya tind@kan anaknya, Zaki Yamani dimana dia merahsiakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diperoleh Mei lalu sehingga ke hari ini.
Jelas penyanyi berusia 65 tahun ini, ketika ditanyakan soalan mengenai keputusan peperiksaan, anak lelakinya itu hanya memb1su.
Selain itu, Jamal turut meluahkan rasa teruja apabila mengetahui Zaki baru menjalani temu duga untuk melanjutkan pengajian dalam bidang muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
"Saya dapat tahu Zaki sudah pun selesai menjalani temu duga di UiTM dalam jurusan muzik dan masih menunggu keputusan.
"Kalau begitu, maknanya keputusan SPM tidaklah begitu t£ruk kerana masih berpeluang untuk melanjutkan pelajaran.
"Saya dapat tahu Zaki sudah pun selesai menjalani temu duga di UiTM dalam jurusan muzik dan masih menunggu keputusan.
"Kalau begitu, maknanya keputusan SPM tidaklah begitu t£ruk kerana masih berpeluang untuk melanjutkan pelajaran," katanya.
Sebelum ini, Zaki berkata dia lebih selesa menyimpan keputusan tersebut sebagai priv@si miliknya dan ada menerima tawaran daripada beberapa IPT, namun belum membuat keputusan kerana masih menunggu tawaran daripada UiTM merupakan idamannya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment