21 August 2024
"SARAH BERPESAN PADA SAYA UNTUK REDA & DOA YANG BAIK-BAIK BUAT SYAMSUL" - YUSOF HASLAM AKUI TIDAK SIMPAN HARAPAN PUTERI SARAH UNTUK KEMBALI BERSAMA SYAMSUL
"Saya tak boleh kata mahu Sarah balik ke pangkuannya atau sebaliknya. Yang menentukan kehidupan mereka adalah mereka sendiri, itu bukan urusan saya.
"Saya tak boleh berkata lebih, ini soal kita meletakkan harapan tapi yang menentukan adalah takdir Allah. Jadi saya reda saja."
Tutur penerbit, pengarah dan pelakon Datuk Yusof Haslam yang menjelaskan, dia tidak menyimpan harapan menantunya, pelakon Puteri Sarah untuk kembali bersama anaknya, Syamsul Yusof.
Kata Yusof, dia tidak berhak menentukan kehidupan anak-anaknya dan hanya mampu mendoakan yang terbaik.
Tambahnya, Puteri Sarah juga terk£jut mendengar berita Syamsul menfailkan cerai dan menantunya itu turut berpesan untuk sentiasa doakan bekas suaminya.
"Semalam saya ada jumpa Sarah sebab dia singgah ke rumah sekejap dan ada kami bersembang.
"Dia pun terp£ranjat dan tak tahu perkara itu akan terjadi tapi Sarah berpesan pada saya untuk reda dan doa yang baik-baik buat Syamsul," katanya. mmm
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment