05 August 2024
"SAYA ADA DUIT & PENDAPATAN SENDIRI... SAYA TAK PERLUKAN DIA (SUAMI) UNTUK T4NGGUNG SAYA" - INTAN NAJUWA NAFI NAK BELI BARANG BAYI DI LONDON GUNA DUIT SUAMI
Pelakon Datin Intan Najuwa yang bakal menimang cahaya mata sulung itu merancang untuk ke London pada bulan depan untuk membeli barangan keperluan bayi.
Menerusi perkongsian di Instagram, Intan berkata, dia mencari inspirasai daripada Pint£rest dan tidak sabar untuk berkongsi pilihannya dengan pengikutnya.
"Saya akan ke London bulan depan untuk membeli barangan keperluan bayi. Tak sabar nak berkongsi pilihan saya dengan anda (pengikut) semua.
"Ini merupakan kali pertama saya betul-betul nak membeli barangan bayi dan saya mencari inspirasi daripada Pint£rest. Banyak idea yang boleh dijadikan rujukan," ujarnya.
Intan menerusi perkongsian di Insta Story pula tampil menafikan dakwaan dia menggunakan duit suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman.
Jelas Intan, dia mempunyai duit sendiri dan akan gunakan duitnya untuk membeli belah serta melancong.
"Bagi sesiapa yang tertanya-tanya dan berfikir bahawa saya selalu guna duit suami, tolong fikir semula dan simpan perkara ini dalam pemikiran korang.
"Saya ada duit dan pendapatan sendiri. Saya tak perlukan dia (suami) untuk t@nggung saya. Ke mana saya pergi tak kira melancong dan membeli belah, saya guna duit sendiri. Saya boleh berdiri di atas kaki sendiri walaupun sudah berkahwin," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment