03 August 2024
"SAYA SENTIASA DOAKAN SESIAPA SAHAJA YANG DITAKDIRKAN MENJADI JODOH IBU ADALAH SEORANG YANG TERBAIK" - ANAK LYDIA ROSLI REDA SEADAINYA TYZO JODOH TERBAIK IBUNYA
"Sebagai anak, soal jodoh ibu saya serahkan pada Tuhan. Saya sentiasa doakan sesiapa sahaja yang ditakdirkan menjadi jodoh ibu adalah seorang yang terbaik."
Demikian kata anak kepada usahawan Lydia Rosli iaitu Fitri Farok yang juga merupakan pelakon baru, dimana dia mengatakan, dirinya tiada hak menghal@ng siapa jodoh ibunya itu.
Ujar anak Lydia lagi, apa yang penting baginya adalah kebahagian ibunya serta menyerahkan soal jodoh ibunya itu kepada Tuhan.
Dalam pada itu, Fitri memberitahu, dia tahu mengenai berita ibunya meluahkan perasaan cinta dan ingin berkahwin dengan Tyzo Xander dan reda seandainya penyampai radio itu ditakdirkan jodoh buat ibunya.
"Seperti yang saya katakan, kalau Tuhan dah tentukan itu adalah jodoh ibu saya, saya okey sahaja kalau itu yang terbaik.
"Walau siapa pun bakal jodoh ibu saya nanti, saya harap dia dapat menjadi suami yang terbaik, menghormati dan menyayangi ibu saya," tuturnya
Jelasnya, dia kurang mengenali Tyzo kerana jarang berjumpa, malah ibunya juga tidak pernah memberitahu hal mengenai mahu berkahwin dengan penyampai radio itu.
"Saya tak berapa kenal sangat dengan Tyzo kerana kami jumpa pun sekejap-sekejap sahaja. Ibu ada bercerita pada saya yang dia berkawan dengan Tyzo.
"Tetapi tentang soal nak kahwin dia tak pernah beritahu saya apa-apa. Tetapi andai berkahwin buatkan hidup ibu saya lebih bahagia dan aman, saya okey sahaja," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment